Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin meninggal dunia

Wednesday, October 02, 2013

Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, Wan Razali

Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.

Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.

Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat

keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.

Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI