David Beckham jual istana Beckingham

Monday, October 07, 2013

Anak Beckham tidak berpeluang mewarisi istana Beckingham apabila pasangan David dan Victoria menjual Hertfordshire dengan harga £12 million (RM61.2 juta).

Pasangan berkenaan dilapor menjual kediaman agam mereka untuk mendapatkan tunai membeli bangunan agam berharga £45 juta (RM229 juta) di tengah kota London.

Pasangan berkenaan turut menjual beberapa kenderaan mewah.

Satu sumber memberitahu akhbar, “David terutamanya sedih dengan jualan itu kerana banyak menyimpan kenangan indah keluarga itu. “Mereka menjalani kehidupan bahagia di Hertfordshire tetapi mengambil keputusan menjualnya.

Pasangan Beckham membeli estet seluas 12 ekar itu selepas tiga tahun perkahwinan. Ketiga-tiga anak mereka, Brooklyn, 14, Romeo, 11, dan Cruz, 8, tinggal bersama mereka sebelum berpindah ke Sepanyol kemudian ke Amerika Syarikat kerana kerjaya bola sepak bapa mereka.

Pasangan itu memperoleh keuntungan AS9 juta (RM28.8 juta) hasil jualan kediaman itu yang dibeli pada 1999 dengan harga AS2.2 juta (RM7.04 juta). - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI