Profil ringkas muka-muka baharu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi penggal 2013-2016

Monday, October 21, 2013

Profil Muka Baharu MT Umno
Berikut profil ringkas muka-muka baharu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi penggal 2013-2016.

Muka baharu pertama kali:

* Datuk Shamsul Anuar Nasarah, 45, merupakan anggota Parlimen Lenggong dan bekas guru. Beliau kini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

* Datuk Abdul Rahman Dahlan, 48, merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Anggota Parlimen Kota Belud.

* Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, 41, merupakan anggota Parlimen Kepala Batas dan bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno pusat. Beliau juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

* Datuk Sohaimi Shahadan, 44, bekas exco Pemuda pusat, dan Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara.

* Datuk Ab Aziz Kaprawi, 54, merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Sri Gading. Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Johor.

* Datuk Hasan Malek, 67, merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta anggota Parlimen Kuala Pilah.

Muka baharu tetapi pernah menganggotai MT atas kapasiti ketua sayap:

* Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 41, merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Anggota Parlimen Papar itu juga dipilih sebagai Exco Pergerakan Wanita pada pemilihan 2013. Beliau juga bekas ketua Puteri Umno pusat penggal lepas.

* Datuk Seri Azalina Othman Said, 50, merupakan anggota Parlimen Pengerang selain Ketua Puteri Umno yang pertama. Beliau yang merupakan bekas peguam pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan.

Muka baharu dengan kemunculan semula:

* Tan Sri Annuar Musa, 57, merupakan anggota Parlimen Ketereh. Beliau pernah menganggotai MT selama empat penggal, iaitu pada 1990-1993, 1993-1996, 2000-2003 dan 2004-2007. Beliau kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

* Datuk Seri Mohamad Hasan, 57, adalah Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau juga anggota Dewan Undangan Negeri Rantau. Mohamad pernah menganggotai MT pada penggal 2004-2007. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI