Konsert jelajah 2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur

Sunday, October 20, 2013

Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan yang dibarisi oleh tujuh orang pemuda kacak ini bakal menjejakkan kaki ke Malaysia sekali lagi untuk menjayakan konsert jelajah 2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur.

INFINITE sebelum ini pernah menghiburkan para peminat di Malaysia sewaktu Golden Disk Awards 2013 yang diadakan di Sepang pada awal Januari yang lepas.

2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur

INFINITE telah pun mencipta fenomena beberapa minggu lepas apabila jualan tiket konsert One Great Step yang diadakan di Seoul pada 9-10 Ogos 2013 habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja.

Bagi yang berminat untuk ke konsert itu, anda boleh melayari laman Facebook rasmi Infinite dan Facebook IME Productions untuk sebarang maklumat mengenai tiket atau yang berkaitan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI