Isu Kewangan: Hidup dalam kemampuan

Thursday, October 31, 2013 0 Komen

Kita sering mendengar keluh kesah segelintir individu yang sering mengadu gaji diperoleh tidak mencukupi.

Gaji bulanan sebanyak RM4,000 mungkin sudah mewah bagi segelintir individu terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar yang berasakan jumlah itu terlalu mencukupi untuk menampung keperluan hidup sebulan.

Namun, dengan kos sara hidup tinggi di kota besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, jumlah ini ternyata bukanlah angka ideal memandangkan pelbagai aspek perlu diambil kira seperti sewa rumah, makanan dan perbelanjaan berkaitan yang pastinya lebih mahal.

Semua ini belum lagi mengambil kira perbelanjaan pengangkutan khususnya kenderaan sendiri terutama peruntukan untuk petrol, bayaran parkir dan tol perlu diambil kira setiap hari selain ansuran bulanan pinjaman kenderaan. Inilah dilema kebanyakan mereka yang bekerja di bandar besar.

Mengakui tersepit dengan beban kewangan ditanggung akibat hutang, eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat multinasional di ibu kota yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia, 30, tidak lagi merasai nikmat gaji besar disebabkan terlalu taasub membeli-belah dan berhibur.

Mula bekerja secara tetap pada 2006, Nadia turut mengakui menggunakan lebih separuh daripada pendapatannya untuk menjelaskan hutang khususnya ansuran kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi selain bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Nadia, dia menerima tawaran pihak bank untuk memiliki kad kredit beberapa bulan selepas mula bekerja sebelum mengambil pinjaman peribadi tahun lalu kononnya untuk menjelaskan baki hutang kad kredit dan menamatkannya.

Bagaimanapun, lain pula berlaku apabila wang pinjaman itu digunakan untuk melancong bersama rakan ke luar negara sementara bakinya dibelanjakan bagi membeli telefon pintar terbaru serta diberikan kepada adik lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan ketika itu.

"Memang tipulah kalau saya kata saya tidak menyesal. Kalaulah masa boleh diundur, kad kredit dan pinjaman peribadi adalah dua benda yang tidak akan sesekali saya jebakkan diri kerana ia sebenarnya bukanlah keperluan saya pun, namun saya terus dibebani dengan faedahnya yang terlalu tinggi sehingga ke hari ini.

"Malah, saya juga sedikit menyesal kerana membeli kereta yang saya guna sekarang. Mungkin saya sepatutnya sekadar beli kereta yang lebih murah serta jimat minyak. Sekarang harga minyak pun dah naik tapi apa boleh buat.

"Mujurlah saya tinggal di rumah orang tua jadi komitmen sewa rumah setiap bulan tiada. Kalaulah ini pun saya perlu bayar, makan mi segeralah agaknya," katanya.

Menurut Nadia, beberapa bulan lalu, dia mengemukakan permohonan pinjaman perumahan dengan beberapa bank untuk pembelian unit apartmen di pinggir Kuala Lumpur, namun tidak diluluskan atas faktor komitmen kewangan terlalu tinggi.

Kejadian menimpa Nadia seakan-akan serupa seperti dialami ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Sandra yang 10 tahun `menderita' masalah kewangan.

Ibu kepada kanak-kanak berusia lapan tahun ini mengakui sikap ingin menunjuk-nunjuk kepada keluarga kononnya dia berpendapatan tinggi dan hidup mewah membawa kepada belenggu masalah terbabit.

Sandra berkata, semua masalah itu berpunca daripada ketidakpuasan hati akibat keretakan rumah tangga yang dihadapi sebelum bercerai secara sah pada 2005.

Susulan kejadian itu, Sandra memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pengarah urusan sebuah syarikat awam terkemuka sebelum menceburkan diri secara sepenuh masa dalam jualan langsung dengan beranggapan akan memperoleh keuntungan lebih besar.

"Pada masa sama, saya masih berbelanja secara berlebih-lebihan tanpa mengawal penggunaan wang sehingga saya mula menerima surat daripada bank yang menawarkan perkhidmatan kad kredit. Ketika itu, saya menanggung hutang daripada lima jenis kad kredit berbeza dengan had kredit melebihi RM70,000," katanya.

Ternyata, apa yang dialami Nadia dan Sandra berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak selari dengan pendapatan. Gaya hidup di luar kemampuan akan membawa kepada bebanan hutang tidak terkawal akibat berbelanja secara berlebihan.

Disebabkan kegagalan mengawal hawa nafsu, kebanyakan individu pada hari ini mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan gaya hidup di luar kemampuan sehingga memudaratkan mereka. Ini termasuk membeli-belah ketika musim jualan murah yang menawarkan diskaun dan pelbagai promosi yang menarik ditambah dengan kehadiran teknologi membolehkan barangan dibeli secara atas talian tanpa perlu keluar dari rumah.

Selain itu, sudah menjadi trend membawa keluarga makan di luar atau di restoran mahal, percutian terutama di luar negara, memakai telefon pintar dan gajet serta menukar perkakasan rumah dan perabot setiap kali musim perayaan mendorong masalah ini.

Tidak dinafikan kos sara hidup tinggi mempengaruhi perbelanjaan bulanan seseorang. Namun, semuanya berbalik kepada individu itu sendiri kerana mereka seharusnya tahu cara pengurusan wang yang bijak. Langkah yang salah dalam hal ini dan kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan menjerumuskan seseorang itu ke dalam perangkap muflis.

Amat penting untuk kita memiliki perancangan kewangan yang baik, berbelanja dengan bijak dan berhemah agar ia menjamin kebahagiaan individu dan keluarga.

Kisah Nadia dan Sandra perlu dijadikan pengajaran supaya mana-mana individu yang belum sampai di tahap ini berfikir sedalam mungkin mudarat yang bakal ditempuhi jika terjerat dengan kecuaian sendiri dalam pengurusan kewangan.

Bagi mereka yang punya masalah berkaitan pengurusan kewangan seumpama ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menawarkan tiga jenis perkhidmatan percuma untuk membantu individu menguruskan kewangan secara lebih baik iaitu program pendidikan kewangan, kaunseling dan program pengurusan kredit.

Untuk maklumat lanjut, hubungi AKPK di talian 1800-88-2575 atau layari www.akpk.org.my

Oleh Rosyahaida Abdullah

Kisah Zamri

Sunday, October 27, 2013 0 Komen

Kisah Zamri

Kisah yang dikirimkan oleh Zamri (bukan nama sebenar) memang jarang berlaku tetapi sebenarnya ia berlaku dalam kehidupan kita hari ini antara disedari atau tidak.

Kita ikuti kisah Zamri seterusnya untuk iktibar bersama.

"Saya seorang duda dalam lingkungan usia 40-an yang kematian isteri dalam satu nahas jalan raya tujuh tahun lalu. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia bisnes, tentunya saya mempunyai ramai kenalan yang terkadang saya tidak mengingati mereka.

"Saya sentiasa sibukkan diri kerana mahu melupakan tragedi yang menimpa keluarga saya terutama mengenangkan arwah isteri yang sangat saya cintai.

"Syukur saya masih mempunyai seorang zuriat yang kini di bawah jagaan ibu saya berusia 15 tahun. Selepas kematian isteri, saya langsung tidak terfikir untuk bernikah lagi.

"Pintu hati saya tertutup rapat untuk mana-mana perempuan kerana ingatan terhadap arwah isteri yang sangat mendalam dan merasakan sukar untuk mencari pengganti isteri yang terlalu banyak berkongsi susah senang dengan saya semasa hayatnya.

"Sehinggalah pada suatu hari, saya menerima suatu pesanan ringkas daripada seseorang yang mendakwa kenalan semasa kami menuntut di universiti luar negara.

"Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak memenuhi permintaannya untuk berjumpa. Sehari selepas itu, saya masih lagi menerima pesanan ringkas yang sama sehingga akhirnya saya mengalah dan menjemputnya ke pejabat.

"Saya sengaja mengatur pertemuan kami di pejabat kerana tidak mahu terlibat dengan fitnah, maklumlah saya duda, dia saya tidak tahu pula sama ada telah berumah tangga atau masih solo.

"Dalam pada menunggu akhirnya saya dikejutkan dengan suara memberi salam. Maaf mengganggu En. Zamri. Nama saya Habsah ( bukan nama sebenar ), lembut suara itu menyapa.

"Saya terkejut seketika dan memandang wanita yang berada di hadapan saya tanpa berkedip. Saya mengenali encik sewaktu menghadiri suatu seminar yang diadakan sebulan yang lalu, sambungnya mengganggu lamunan saya seketika.

"Kita juga pernah menuntut di universiti yang sama, mungkin En. Zamri tidak mengenali saya, tapi saya masih ingat dengan En. Zamri, katanya bercerita.

"Saya biarkan sahaja Habsah berbicara dengan tutur katanya yang lemah lembut dan sopan itu kerana ingin mengetahui maksud sebenar hajatnya berjumpa saya.

"Selepas kematian isteri, En. Zamri tidak berkahwin lain kah? Di mana anak En. Zamri? Soalannya merimaskan saya. Lalu saya bertanya, apa sebenarnya tujuan Cik Habsah ingin bincang dengan saya?.

"Sambil mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya, dia menghulurkan sekeping gambar. Melihat gambar itu, sekali lagi saya tergamam.

"Ini gambar isteri arwah saya dan siapa di sebelahnya? Naluri ingin tahu saya melonjak-lonjak. Hilang rasa segan saya dengan wanita yang ada di depan saya itu.

"Saya inginkan kepastian tentang gambar yang dibawa oleh wanita tersebut. Habsah hanya tersenyum dan saya menjadi semakin keliru. Nak bertanya malu tetapi saya menunggu dia bertindak dahulu.

"Sebenarnya yang di sebelah isteri En. Zamri itu adalah saya. Kami sebenarnya bersaudara. Arwah Hasni adalah kakak saya. Kami berpisah ketika masih kanak-kanak.

"Malah kami tidak pernah berjumpa setelah itu kerana saya berhijrah ke luar negara, belajar dan bekerja di sana. Hinggalah saya dapat tahu dia bernikah dengan En. Zamri dan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

"Ya Allah kecilnya dunia. Tanpa ragu-ragu, saya terus mempelawa Habsah ke rumah untuk berkenalan lebih jauh dan mendengar cerita mengenai perpisahannya dengan arwah isteri saya. Pelawaan saya diterima dengan baik oleh Habsah.

"Saya menghubungi emak dan memberitahu ada tetamu istimewa yang akan bertandang. Dalam hati, saya macam-macam perkara yang saya fikirkan. Tentang ibu, Azman dan arwah isteri saya.

"Sampai sahaja di rumah, kami memberi salam dan emak muncul di hadapan kami, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila melihat Habsah. Dia meluru memeluk erat Habsah sambil menangis.

"Saya berhenti melangkah, apa ceritanya pula ni? Ada drama lagi ke? Hati bertanya-tanya. Dapat ke surat yang mak cik kirimkan tu? Saya dengar ibu bertanya Habsah.

"Ya... dapat dengan gambarnya sekali. Habsah dilihat mengesat air matanya berulang kali sambil terus memeluk ibu. Saya semakin hairan dengan insiden ini tetapi tidak bertanya banyak kerana mahu mendengar sendiri cerita daripada ibu.

"Sewaktu makan malam bersama keluarga, emak menceritakan kepada saya Habsah adalah anak angkatnya.

"Semasa saya berkahwin dengan arwah isteri, saya tidak tahu dia ada adik. Malah ibu saya juga tidak tahu arwah menantunya dan Habsah adalah darah daging.

"Kini saya mulai faham mengapa emak begitu mesra dengan Habsah dan menangis bila bertemu wanita itu. Ibu mendapat tahu tentang perkara ini setelah Habsah mengirimkan gambar meminta ibu mencari kakaknya yang telah lama tidak ditemui.

"Rupa-rupanya kakak yang dicari itu adalah arwah isteri saya. Semuanya terbongkar setelah gambar itu sampai ke tangan ibu, tetapi ibu sengaja rahsiakan daripada saya dan meminta Habsah sendiri berjumpa saya untuk bercerita hal sebenar.

"Padanlah Habsah yang mencari saya, rupanya ibu turut memainkan peranan. Kehadiran Habsah telah menceriakan rumah kami dan anak saya Azman sangat gembira dengan pertemuan ini. Mungkin sebab wajah Habsah ada iras arwah ibunya.

"Sepanjang tempoh itu, saya memerhati tingkah laku Habsah dan kemesraannya dengan ibu dan anak saya. Cuma saya tidak tahu sama ada dia masih solo atau sudah menjadi hak orang. Ibu tersenyum menyindir apabila dia beritahu saya, Habsah masih belum berkahwin sehingga sekarang.

"Jawapan ibu menjadikan saya tersenyum sendiri. Peluang saya terbuka luas. Selang beberapa hari, saya memberitahu emak bahawa saya telah menemui bakal calon pengganti arwah isteri.

"Ibu amat gembira dengan berita tersebut walaupun dia tidak tahu siapa. Dia teruja untuk bertemu dengan bakal calon menantunya.

"Satu hari, saya sengaja mengajak Habsah keluar membeli-belah bersama anak tunggal saya Azman yang nampaknya mula mesra dengan Habsah.

"Tujuan saya untuk melihat sejauh mana Azman serasi dengan Habsah.

"Ini peluang baik yang saya nantikan. Letih berjalan, kami singgah di sebuah restoran sambil menjamu selera. Secara tiba-tiba anak saya bersuara 'ayah, Man nak minta sesuatu daripada ayah tapi ayah jangan marah tau! Katanya sambil ketawa.

"Sebelum ini, saya tidak pernah menghalang permintaan Azman, kerana dia tidak pernah meminta sesuatu yang ganjil dan menyusahkan saya.

"Cakaplah apa yang Man nak, insya-Allah nanti ayah pertimbangkan. Saya semakin keliru dengan sikap Azman bila dia tersenyum dan tunduk malu. Habsah hanya mendiamkan diri melihat saya melayan Azman dengan mesra sekali.

"Kami berpandangan sesama sendiri bila Azman berkata, ayah kahwinlah dengan makcik Habsah...buat ganti ibu. Malunya saya!

"Ya Allah budak ini, saya terkejut dan merah padam muka menahan malu sementara Habsah tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Apa yang saya rancang sama seperti apa yang anak saya impikan.

"Sebenarnya kami tidak pernah berbincang mengenai pengganti ibunya tetapi naluri seorang anak juga amat memahami fitrah seorang ayah yang ingin membina sebuah keluarga yang sempurna dan selesa.

"Ibu amat gembira apabila saya maklumkan berita itu. Seminggu selepas itu, ibu melamar Habsah dan tiga bulan kemudian kami disatukan.

"Terima kasih Man, itu yang saya bisikan kepada anak saya selepas saya dan Habsah selamat dinikahkan. Jika sebelum ini saya bimbang untuk bernikah kerana takut Azman kecil hati, keadaan kini telah menjadi sebaliknya.

"Dia sendiri yang meminta saya mencari pengganti ibunya. Saya amat terharu kerana tidak mudah untuk seorang anak remaja menerima pengganti ibunya.

"Kini, kami bahagia dengan kehadiran orang baru seorang bayi perempuan peneman hidup Azman.

Ibu saya adalah insan yang paling gembira dengan takdir yang sungguh tidak diduga ini.

"Dia bukan sahaja mendapat menantu tetapi juga bertemu kembali dengan anak angkatnya yang telah lama terpisah.

"Inilah yang dikatakan jodoh. Kita hanya merancang, Allah yang jadi penentu. Saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk beristeri dan mengecap kebahagiaan hidup berkeluarga seperti orang lain.

"Yang paling penting, kebahagiaan Azman yang selama ini hanya menumpang kasih dengan ibu saya. Moga Allah pelihara kebahagiaan hidup kami selamanya. Amin," Zamri menamatkan ceritanya.

Itulah rahsia Allah untuk hamba-Nya. Zamri telah dikurniakan seorang isteri yang baik dengan restu ibu dan anaknya. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang lelaki melainkan kebahagiaan seperti ini.

Petikan: Utusan

Kisah gadis di rumah Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah

Sunday, October 27, 2013 0 Komen

Kisah gadis di Raudhatus Sakinah

Remaja semuda 12 tahun ini merupakan antara penghuni Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah cawangan Selangor.

Dengan hanya beranggapan bapanya lebih menyayangi abang-abangnya, Ummi (bukan nama sebenar) menjadi seorang anak gadis liar dan kurang ajar.

Pada kedua-dua ibu bapanya pernah dihamburkan kata-kata kesat serta makian.

Namun itu semua cerita dahulu kena Ummi kini telah menyedari kesilapannya dan berusaha mencari jalan hidup yang lebih lurus.

Memahami situasi anak gadis tersebut, Ummi seperti remaja-remaja lain turut 'menuntut' kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

Walaupun anak tunggal perempuan dalam keluarga, Ummi mendakwa dirinya tidak disayangi apatah lagi mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kedua orang tuanya.

"Mak dan ayah sentiasa sibuk, mereka berdua tidak penah mempunyai masa untuk saya serta kedua-dua abang saya.

"Apa sahaja kemahuan kami akan diberikan tanpa banyak soal. Tetapi mengapa saya ditempatkan di sini? Kerana saya dapat rasakan yang kedua ibu bapa saya lebih memberi perhatian dan kasih sayang kepada kedua abang-abang saya.

"Ini dapat dilihat apabila mereka (abang) meminta wang ayah akan memberi beratus ringgit tetapi jika saya yang memintanya tidak pernah dapat lebih daripada RM50," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mungkin masih muda serta inginkan perhatian lebih, Ummi mendapatkan kesemuanya melalui rakan-rakan.

Memberitahu dia lebih senang dan selesa apabila berada dalam kelompok rakan-rakannya. Ummi tidak menafikan akibat daripada pergaulan bebasnya itu dia juga sudah mengenali apa itu rokok dan arak.

Menafikan pernah menjalinkan hubungan ranjang dengan mana-mana rakan lelaki yang lain, Ummi memberitahu dirinya hanya menyentuh rokok dan arak serta sesekali mengambil dadah.

Mengakui apa yang dilakukan adalah pengaruh daripada rakan-rakannya, Ummi kini sedar akan kesalahan yang telah dilakukan terutama terhadap kedua ibu bapanya.

Ingin memohon keampunan daripada mereka sebaik sahaja tamat pemulihan di Raudhatus Sakinah, Ummi, menyatakan dia akan menebus kembali masa-masa lalu yang telah disia-siakan.

Keldai dadah

Bagi Jelita (bukan nama sebenar) pula, akibat daripada ketiadaan kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia sejak dia berusia sembilan tahun seterusnya dijaga oleh kakaknya, dia menjadi seorang remaja liar sehingga melahirkan anak luar nikah.

Bukan itu sahaja, Jelita juga merupakan 'keldai dadah' diupah oleh teman lelakinya yang merupakan rakyat Afrika.

Mengakui bersekedudukkan dengan teman lelakinya sejak berusia 18 tahun, Jelita yang kini berusia 21 tahun telah menghuni Raudhatus Sakinah sejak tiga tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai kejadian yang berlaku, Jelita memberitahu dia merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Setelah ketiadaan ibu dan bapanya, dia dijaga oleh kakaknya manakala adik beradiknya yang lain tidak mengambil peduli akan dirinya.

Mengakui adik-beradiknya yang lain tidak penah menjalani suruhan Allah (kecuali abang sulungnya), Jelita berkata, kakak yang menjaganya juga tinggal serumah dengan teman lelakinya.

Akibat daripada ingin bebas serta tidak tahan sering dipukul dan dimarahi teman lelaki kakaknya, Jelita telah melarikan diri dari rumah.

"Keluarga saya berpecah-belah setelah ketiadaan mak dan ayah. Lagipun saya tidak mendapat pendidikan agama secukupnya dan adik-beradik yang lain pula tidak menunjukkan contoh yang baik. Saya juga sering tidak sependapat dengan kakak (yang tinggal bersama) menyebabkan saya mengambil keputusan melarikan diri.

"Saya lebih selesa dengan kehidupan tanpa dikelilingi adik-beradik sehinggalah kejadian ini (hamil anak luar nikah) berlaku," tambahnya lagi.

Dihantar oleh kakaknya ke rumah tersebut, Jelita kini semakin selesa dengan didikan agama serta ilmu yang diperoleh di pusat bimbingan tersebut.

Tidak terfikir untuk keluar dari pusat bimbingan tersebut, Jelita mengakui mahu menjadi penghuni tetap di situ lebih-lebih lagi apabila bekas teman lelakinya sehingga kini masih mencarinya.

Ini kerana sebelum dimasukkan ke pusat tersebut, dia serta bekas teman lelakinya telah ditangkap polis atas tuduhan disyaki memiliki dadah.

Tetapi ketika itu Jelita bernasib baik kerana semasa ditahan dadah yang dicari polis tidak ada bersama mereka.

Bagaimanapun Jelita telah bekerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat mengenai bekas teman lelakinya yang memang merupakan pengedar dadah.

Akhirnya bekas teman lelaki Jelita telah ditahan dan dipenjara selama tiga tahun atas kesalahan yang dilakukan.

Apa yang diharapkan Jelita ialah penyatuan semula kesemua ahli keluarganya dan yakin dengan dirinya sendiri untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Lahir anak di bilik air

Dalam pada itu, seorang lagi penghuni pusat tersebut, Yan (bukan nama sebenar) tersasar daripada landasan hidup bukan disebabkan kurang didikan agama mahupun perhatian daripada keluarga, sebaliknya menganggap hidupnya terlalu dikongkong keluarga.

Justeru tawaran yang diterima untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dijadikan 'tiket' untuk hidup bebas.

Yan seperti seorang remaja yang terkena kejutan budaya. Dia menjalin hubungan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

Dilihat begitu naif, ketika ditanya mengenai kandungannya, Yan memberitahu, dia tidak mengetahui dirinya mengandung sehinggalah melahirkan bayi di dalam bilik air di rumahnya.

Dia akhirnya dihantar ke pusat bimbingan tersebut oleh keluarga dalam usaha membawanya pulang ke pangkal jalan.

Yan menyesali apa yang telah berlaku dan berharap setelah selesai menjalani proses pemulihan di pusat tersebut dia dapat menyambung kembali pengajiannya yang tertangguh dan dapat berjasa kepada kedua ibu bapanya.

5 Kesilapan Besar Ketika Membeli Nama Domain Yang Perlu Anda Tahu

Sunday, October 27, 2013 0 Komen

Kepada usahawan-usahawan mahupun ahli perniagaan yang ingin membuat laman web, terdapat beberapa pekara yang perlu tuan-tuan dan puan-puan tahu sebelum memilih nama yang akan digunakan untuk laman web perniagaan anda nanti.

Berikut adalah 5 Kesilapan Besar Ketika Membeli Nama Domain Yang Perlu Anda Tahu

##1 – Nama Domain Terlalu Panjang##
Nama domain yang terlalu panjang akan menyebabkan pelawat sukar untuk mengingati URL blog anda. Mereka yang baru berkunjung ke blog anda pasti tidak akan datang lagi melainkan mereka klik URL ke blog daripada blog-blog atau laman web lain.

Anda sebagai pemilik blog berpotensi besar kehilangan direct traffic hanya kerana para pelawat anda sudah lupa akan URL blog anda yang terlalu panjang itu.

##2 – Nama Domain Sukar Disebut##

Seterusnya, kesilapan yang sering dilakukan adalah apabila membeli nama domain yang sukar disebut. Bayangkan apabila para pembaca blog berbual-bual dengan para sahabat mereka tentang (perkara yang baik-baik sahaja) daripada blog anda.

Sudah pasti mereka akan mudah mengingati nama domain anda jika ianya juga mudah disebut. Anda sebagai pemilik blog harus membuat beberapa pilihan dan senarai terlebih dahulu sebelum bertindak membeli nama domain.

##3 – Bunyi Yang Mengelirukan##
Anda tidak mempunyai bajet pemasaran yang besar untuk mempromosikan blog anda pada peringkat awal. Oleh yang demikian, nama domain yang mempunyai bunyi mengelirukan seperti mempunyai akhirnya ’2u’ atau ’4u’ harus dielakkan.

Mereka yang pertama kali mendengar nama domain anda pasti keliru. Adakah ianya ’2u’ atau ‘too you’? Atau, adakah ianya ’4u’ ataupun ‘for you’?

Jangan letakkan anda sebagai penyedia servis perbankan atas talian terkemuka tempatan yang mempunyai akhiran ’2u’ di belakang nama domain mereka. Mereka mempunyai bajet pemasaran yang banyak untuk tujuan promosi servis dan perkhidmatan mereka itu.

##4 – Mengandungi Tanda Sengkang##
Tanda sengkang (-) pada kebiasaannya akan diabaikan apabila kita berkomunikasi. Bayangkan anda sedang berada di dalam satu dewan dan diberikan peluang untuk berkongsi mengenai sejarah dan perihal blog anda.

Adakah anda mahu menyebut dan mengulangi bunyi ‘..dash‘ itu setiap kali menyebut nama domain anda. Saya pasti anda juga kurang gemar untuk mengulangi bunyi itu.

Jika mempunyai pilihan dan alternatif yang lain, pilih sahaja nama domain yang tidak mempunyai tanda sengkang (-). Ianya juga nama kemas dan professional apabila dicetak pada media cetak dan kad bisnes anda kelak.

##5 – Mengandungi Cap Dagangan Dan Hakcipta##
Syarikat yang telah mendaftarkan hakcipta dan cap dagangan mereka mempunyai hak untuk mengeluarkan saman kepada mana-mana individu yang menggunakan terma dan paten yang telah mereka daftarkan.

Oleh yang demikian, pastikan nama domain anda tidak mengandungi apa-apa frasa yang meragukan. Jika anda kurang yakin sama ada ianya mempunyai kaitan dengan mana-mana syarikat ataupun produk, anda boleh bertanya rakan-rakan anda yang arif terlebih dahulu.

Sumber: http://www.binablogdotcomsendiri.com/blog/5-kesilapan-besar-ketika-membeli-nama-domain-yang-perlu-anda-tahu.html

Tanda dan ciri-ciri lelaki dicintai jin betina

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Tanda dan ciri-ciri lelaki dicintai jin betina

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:-Ada 19 sebab tanda-tanda seseorang lelaki itu dicintai oleh jinn betina
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)

3. Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.

10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.

19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya…

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.

Wallahua’lam

Doa ketika sakit

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Daripada Usamah bin Abi al-Ash, katanya: "Rasulullah SAW datang padaku ketika aku sakit yang hampir mati. Maka Nabi SAW bersabda kepadaku: Usaplah sakitmu itu dengan tangan kananmu sambil membaca:

"A'udzu bi 'izzatillahi wa qudratihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru. (Saya berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada bahaya apa yang saya alami dan saya khuatirkan).

"Maka saya lakukan apa yang diajarkan Nabi SAW dan Allah menghilangkan apa yang saya rasai sakit itu."

Doa dimakbulkan hajat

Maimunah binti Saad, pelayan Nabi SAW berkata: "Nabi SAW mendapati Salman al-Farisi RA sedang berdoa selepas solat, lalu baginda SAW bersabda kepadanya: "Wahai Salman! Apakah anda ada hajat kepada Tuhanmu?"

Jawabnya: "Ya."

Maka sabda Nabi SAW: "Jika anda berhajat, maka dahulukan puji kepada Tuhan dan sebutkan sifat-Nya sebagaimana menyifatkan diri-Nya dan bacalah tasbih, tahmid dan tahlil."

Salman bertanya: "Bagaimana memuji Tuhan, wahai Rasulullah?"

Jawab Nabi SAW: "Bacalah Fatihah tiga kali, maka itu pujian bagi Tuhan."

Tanya Salman lagi: "Bagaimana menyifatkan-Nya?"

Jawab Nabi SAW: "Bacalah surah as-Samad (al-Ikhlas) tiga kali. Maka itu sifat Allah."

Salman bertanya lagi: "Bagaimana untuk saya mengucapkan tasbih?"

Jawab Nabi SAW: "Katakanlah subhanallah (Maha Suci Allah), walhamdulillah (dan segala puji bagi Allah), wa laa ilaaha illallah wallaahu akbar (dan tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar)...kemudian minta hajatmu."

Doa atau bacaan agar diampunkan segala dosa

Astaghfirullahal aziim alladzi la ilaaha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaih. (Aku memohon keampunan daripada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup, lagi kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya) dan aku bertaubat kepada-Nya)."

Menurut Abdullah bin Mas'ud, sesiapa yang membaca doa itu tiga kali setiap kali selesai solat, maka Allah akan mengampunkan semua dosanya, meskipun sebanyak buih di laut.

Abu Laits al-Samarkandi berkata, jika istighfar itu disertai rasa menyesal dan benar-benar memohon ampun, pasti akan mendapat keampunan.

Doa apabila disengat binatang berbisa

A'udzu bi kalimaatillahittaammaati kulliha min syarrima khalaq. (Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna semuanya daripada bahaya apa yang telah dijadikan).

Doa ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA: "Seorang daripada suku Aslam datang dan berkata: "Ya Rasulullah! Saya tidak boleh tidur semalam." Maka ditanya oleh Nabi SAW: "Mengapa?"

Jawabnya: "Kerana disengat kala."

Maka Nabi SAW bersabda: "Ingatlah, sekiranya kamu pada waktu petang itu membaca...(seperti di atas), nescaya tidak ada sesuatu yang dapat membahayakan kamu."

Ubat yang sempurna

* Ibadat kepada Tuhan, tidak kepada yang lain.

* Dengan perintah dan syariat-Nya.

* Tidak dengan hawa nafsu

* Tidak berdasarkan fikiran dan pendapat manusia semata-mata.

* Dalam ibadat berusaha mohon pertolongan Allah

* Tidak hanya bergantung pada kekuatan dan kemampuan diri.

Kelebihan manusia sebagai khalifah di muka bumi

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Kelebihan manusia sebagai khalifah di muka bumi

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (mengenai hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Ayat al-Quran ini dikemukakan dalam bentuk dialog bertujuan mendekatkan kisah itu dengan cara memberikan pemahaman mengenai manusia serta keistimewaan khusus dimiliki mereka. Allah SWT memberitahu malaikat-Nya iaitu Dia akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi.

Mendengar kenyataan inilah malaikat menjadi hairan kemudian bertanya bagaimana Engkau menciptakan sejenis makhluk yang melakukan kerosakan di muka bumi ini sedangkan tiada batasan yang menghalang mereka daripada melakukan sesuatu perkara.

Hikmah diciptakan makhluk

Allah SWT juga turut memberikan kurniaan kepada malaikat dengan menjelaskan hikmah diciptakan makhluk yang satu ini kepada mereka. Ahli tafsir berpendapat khalifah dalam ayat ini bermaksud tugas pengganti kurniaan Allah SWT untuk melaksanakan perintah-Nya dalam kalangan manusia.

Allah SWT mencipta manusia daripada Adam dan mengurniakan kepadanya akal fikiran yang dapat memahami semua perkara, tetapi kehebatan manusia tidak dikira kepada kekuatan zahiriah saja, juga dalam mengenali pencipta yang mengangkat mereka dan memberi kedudukan tinggi iaitu Allah SWT.

Manusia seperti inilah apabila mengenal Allah SWT, tunduk kepada-Nya dan membuka kehidupan ini dengan nama-Nya. Ini antara hikmah kewujudan manusia di dunia ini. Kisah kehidupan manusia boleh dilihat dan difahami dari pelbagai sudut seperti nikmat yang diperoleh sejak kejadian mereka lagi.

Hakikatnya, sebutir nasi yang dimakan manusia adalah hasil rangkuman kerja makhluk Allah SWT yang berada di langit dan bumi. Tanah, angin dan hujan yang turun serta cahaya matahari saling bekerjasama menyiapkan makanan, pakaian dan ubat-ubatan yang diperlukan manusia.

Itulah rahsia pembahagian dan pecahan yang banyak yang disebut oleh al- Quran yang membayangkan kehebatan alam ciptaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Demi angin yang menerbangkan dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguhnya; Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; Dan malaikat-malaikat yang membahagibahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar." (Surah az-Zaariyaat, ayat 1-5)

Manusia diberi kelebihan, kenikmatan

Manusia adalah makhluk mulia yang diberi kelebihan dan kenikmatan. Adalah menjadi hak Allah SWT untuk mencela manusia yang tidak menghargai nikmat kurniaan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran." (Surah Luqman, ayat 20)

Ini adalah antara sudut kurniaan Allah SWT untuk manusia, manakala satu sudut lagi ialah dalam bentuk rohani atau spiritual iaitu manusia adalah tiupan daripada roh Allah yang Maha Tinggi. Begitulah permulaan ciptaan Adam dan begitulah juga permulaan janin dalam perut ibu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku) maka hendaklah kamu sujud kepadanya." (Surah al-Hijr, ayat 29)

Al-Quran memaparkan penghinaan kepada Adam iaitu manusia pertama di sisi Allah SWT adalah satu bentuk penderhakaan terhadap-Nya. Tanpa mengira sama ada iblis berasal dari pada malaikat atau jin, hasilnya tetap sama.

Sesiapa yang enggan sujud iaitu sujud penghormatan kepada Adam, maka makhluk itu telah melakukan satu kesalahan yang besar kepada Allah SWT. Ini antara kelebihan lain manusia dan ia menggambarkan kedudukannya di sisi Tuhan iaitu penerimaan taubat seorang hamba kepada-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya." (Surah Taha, ayat 82)

Sifat buruk patut dijauhi

Al-Quran juga terdapat banyak ayat yang menyebut mengenai sifat buruk yang sepatutnya dijauhi manusia antaranya mementingkan diri yang akhirnya akan melahirkan penyakit rakus, tamak, melampaui batas dan mengambil hak orang lain.

Selain itu, mereka yang mempunyai sifat buruk juga akan menjadi sombong apabila dikurniakan kekayaan, zalim apabila ada kuasa, putus asa apabila gagal serta tewas dalam mengawal hawa nafsu.

Tetapi istimewanya manusia ini setelah al-Quran menyatakan penyakit yang mendatangi manusia, al-Quran juga menyediakan penawarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-'Asr, ayat 3)

Begitulah sebahagian pandangan al-Quran terhadap manusia mengenai keistimewaan dan kekuatan ada pada mereka. Apa yang jelas, ketundukan manusia akan membawa kepada kedudukan tertinggi manakala kekufuran dan keingkaran menempatkan mereka di tempat yang serendah-rendahnya.

Oleh Ahmad Shukri Yusoff

Kadar Pengangguran Cecah Rekod Tertinggi Di Perancis

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Kadar pengangguran di Perancis mencecah rekod baharu, yang tertinggi dicatatkan sejak negara itu terjerumus dalam krisis ekonomi pada awal tahun 2009.

Berdasarkan statistik kementerian buruh, kadarnya menghampiri 3.3 juta orang.

Pada bulan september, jumlah penganggur berdaftar meningkat kepada 60,000 orang.

Ia adalah peningkatan 1.9 peratus dalam tempoh sebulan dan 8.1 peratus, setahun.

Pakar ekonomi tempatan menjangkakan, pembalikkan trend pengangguran di negara itu tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Agensi pekerjaan di Paris juga tidak melihat pemulihan berlaku dalam tempoh sama.

Situasi itu satu tamparan buat Presiden Francois Hollande yang berikrar segera memperbaiki kadar pengangguran menjelang penghujung tahun.

Wanita berubah jadi lelaki kerana steroid (pelik tapi benar)

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Pelik Tapi Benar

Lazimnya selebriti lelaki Hollywood dan ahli bina badan akan menggunakan steroid untuk menjadikan tubuh mereka kelihatan sasa.

Namun, pengambilan bahan tersebut secara berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang serius kepada kesihatan badan seseorang, rambut dan boleh menyebabkan kerosakan hati.

Itu yang terjadi di Britain apabila seorang wanita yang dahulunya cantik dan berbadan langsing, kini bertukar menjadi ‘lelaki’ dengan memiliki tubuh yang sasa selepas mengambil steroid untuk membesarkan tubuhnya.

Pelik Tapi Benar

Candice Armstrong, 28, berasal dari Walthamstow berkata, dia tidak berniat untuk menjadi seperti lelaki apabila mula mengambil steroid, tetapi semuanya terlewat untuk dia berhenti menggunakan dadah itu.

Armstrong berkata, pengambilan steroid itu memberi kesan terhadap otot badan, muka, rambut serta alat sulitnya.

Bekas pelayan bar itu berkata, dia tidak merancang untuk menjadi sedemikian dengan memiliki tangan yang besar, bahu luas dan pinggul yang kecil.

“Tubuh badan saya kini tidak berubah seperti seorang lelaki," katanya.

Menurut Armstrong, penggunaan steroid lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan selepas apa yang terjadi kepada dirinya. - AGENSI

Kes Amuk: 'Dia bukan seorang pemarah'

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Ibu kepada suspek yang menikam empat mangsa di tiga lokasi sekitar Taman Melati, Gombak, kelmarin, mengakui anaknya bukan seorang pemarah.

Sambil menyifatkan anak ketiga daripada enam beradik itu sebagai seorang yang pentingkan pendidikan adik-adiknya, Hamidah Abd Rahman, 56, berkata, anak lelakinya tidak pernah putus mengirimkan wang belanja setiap bulan meskipun hanya bekerja sebagai pemandu van.

“Dia tidak pernah mengadu sebarang masalah kepada saya. Dia sudah lima tahun bekerja sebagai pemandu van rokok di Cheras dan dia juga mempunyai rakan sekampung yang juga rakan baiknya yang bekerja sebagai pemandu lori treler di Klang.

“Beberapa tahun lalu dia pernah putus cinta, tetapi saya rasa itu bukan faktor yang membuatkannya bertindak sehingga di luar kawalan begini.

“Saya harap orang ramai jangan membuat tanggapan awal sehingga dia disahkan mengalami sakit mental oleh doktor. Dia (suspek) seperti tunjang keluarga kerana anak saya yang pertama sudah meninggal dan anak yang kedua pula sakit,” katannya..

Hamidah turut menafikan anaknya mengalami masalah mental dan terlibat dengan ajaran sesat, sebaliknya mengakui sebagai seorang yang baik.


“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu oleh anak bongsu saya sejurus pulang dari kebun bahawa dia (suspek) terlibat dalam kes pembunuhan di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

“Saya seolah-olah tidak percaya kerana setahu saya dia tidak mempunyai sebarang masalah. Kali terakhir dia pulang ke kampung sewaktu Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Tidak pula dia menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Malah, elok pula dia bergaul dengan adik-beradik dan rakannya yang lain. Sebab itu saya tidak percaya anak saya ini ada penyakit mental,” katanya.

Jiran suspek yang enggan dikenali turut mengakui suspek lebih mesra disapa dengan gelaran ‘Kadok’ oleh penduduk setempat menganggap lelaki terbabit sebagai anak sendiri.

“Saya anggap Kadok ini seperti anak saya sendiri kerana dia rapat dengan salah seorang anak saya. Apabila dia pulang ke kampung, dia sering datang ke rumah saya dan boleh dikatakan kebanyakan masanya dihabiskan di sini.

“Dia (suspek) juga boleh dikatakan seorang yang reti menghormati orang tua dan tidak lokek untuk menghulurkan duit terutamanya kepada cucu-cucu saya. Jadi, berita yang diterima ini seolah-olah tamparan hebat kepada saya dan keluarga dia,” katanya.

Melancong di Ipoh, Perak, Melawat Tempat Menarik di Ipoh

Saturday, October 26, 2013 0 Komen

Melancong di Perak

PERAK sentiasa meniti di bibir pencinta sejarah negara. Pada zaman kegemilangan perlombongan bijih timah, Lembah Kinta di Perak menjadi tumpuan orang ramai.

Terletak kira-kira setengah jam dari Bandaraya Ipoh ialah Batu Gajah. Dulu, seorang berbangsa Scottish mahu membina istana yang lengkap dengan kemudahan bilik bawah tanah, gelang-gang tenis atas bumbung, dapur besar, parit lebar, lif dan terowong rahsia untuk isterinya di atas bukit kecil di tebing Sungai Raya.

Namun sebelum istana itu siap, beliau meninggal dunia dan selepas satu abad, Kellie's Castle tersergam sebagai tinggalan simbol romantik tragis yang menarik.

Itulah antara tinggalan sejarah yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan terkemuka.

Menurut sejarah, Bandaraya Ipoh wujud pada 1820-an sebagai sebuah perkampungan kecil di tebing sungai.

Ia mula berkembang pada 1870-an dengan penemuan bijih timah semasa pemerintahan British di Perak.

Selain Kellie's Castle, bangunan lama Jubilee Park menyaksikan kegemilangan dan sejarah lampau.

Kellie's Castle

Hari ini, taman seluas dua hektar itu pernah menempatkan pawagam dan dewan konsert, tersergam di tengah kesibukan Jalan Kuala Kangsar.

Bagi generasi lama, Jubilee Park mengingatkan mereka kenangan zaman remaja menaiki karusel muzikal, bermain mesin pinball dan berebut melihat hiburan terlarang melalui `kotak intai'.

Salah satu seni bina Ipoh yang ikonik ialah Stesen Keretapi Ipoh di Jalan Bukit Gantang Wahab (Club Road).

Ia dibina pada tahun 1915 oleh A.B. Hubback, akitek kerajaan dengan menggantikan stesen lama berpondok atap dengan bangunan putih serta seni bina mengagumkan mirip Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Stesen ini kerap dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana kecantikan gabungan seni bina Moor dan India dengan kubah mempesona dan gerbang yang tinggi.

Di seberang jalan, bangunan kolonial Dewan Perbandaran Ipoh utuh berdiri dengan tiang-tiang besar juga dibina oleh Hubback.

Menariknya, terdapat beberapa sumber mengatakan bahawa wujudnya sebuah terowong bawah tanah yang menyambungkan Dewan Perbandaran ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Seorang hakim Mahkamah Tinggi pernah berkata bahawa pesalah akan dibawa ke mahkamah melalui terowong tersebut, bukannya melalui pintu depan, walaupun kini ia tidak lagi diamalkan.

Terletak beberapa ratus meter di sepanjang Jalan Dewan (Post Office Road) pula adalah Menara Jam Memorial Birch berhampiran belakang bangunan Dewan Perbandaran.

Menara yang dibina bagi mengenang Residen British pertama Perak, J.W.W. Birch ini berbentuk segi empat, mempunyai paparan lengkap, memiliki loceng yang berbunyi mengikut bunyi loceng di Big Ben, London serta dihiasi empat patung terracotta di puncak menara.

Menyusuri sepanjang Jalan Dato' Maharajalela (Station Road) ke Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), anda pastinya terpesona dengan beberapa bangunan menarik seperti Bangunan Hidro Perak, bangunan Mercantile Bank bercirikan art-deco, bangunan Chartered Bank, bangunan Straits Trading (inspirasi Renaissance Itali) serta bangunan S.P.H. De Silva.

Bangunan sebegini mungkin tidak lagi dibina pada hari ini dan tidak dapat dibayangkan utuhnya bangunan warisan ini berdiri bersama bangunan moden yang lain.

Memasuki Belfield Street, di hujung jalan terdapat premis berwarna biru di sudut jalan dikenali sebagai F.M.S. Bar and Restaurant yang dibina pada tahun 1916.

Ia adalah akronim bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dahulunya terdiri daripada negeri-negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Rumah-rumah kedai berkonsepkan Cina ini juga adalah titik pertemuan untuk pelombong dan penanam Eropah serta pemain kriket yang bermain di Padang Ipoh bertentangan.

Terdapat beberapa kenangan di mana pemain akan memesan minuman sejuk selepas bersukan dan ada ahli perniagaan yang minum sehingga mabuk, mengadu masalah perniagaan bahkan ada yang ditarik keluar oleh isteri masing-masing kerana tidak pulang ke rumah.

Meneruskan penerokaan ke arah Jalan S. P. Seenivasagam (Clayton Road) membawa anda ke St. Michael's Institution, sebuah sekolah besar bertentangan padang hijau luas.

Dengan seni bina Gothic yang mengagumkan, sekolah ini bermula pada 1912 sebagai sebuah rumah agam dikelilingi pokok kelapa.

Dalam tempoh 30 tahun, bangunan baru dibina sejajar dengan pertambahan pelajar. Sekolah ini juga pernah dijadikan kem hospital oleh Tentera British semasa Perang Dunia Kedua dan menjadi ibu pejabat Jepun semasa zaman pendudukannya.

Untuk lebih pengalaman menjelajahi warisan Ipoh, dapatkan Peta Jalanan Warisan Ipoh 1 daripada mana-mana pusat maklumat di Ipoh atau majukan pertanyaan di kintaheritage@ gmail.com.

Pakej keliling Bandaraya Ipoh

* Pakej Berbasikal Kellie Castle (2 hari 1 malam)

Harga: Dari RM650 seorang

Jumlah: 2 orang (minimum)

Tarikan: Kellie Castle-Sam Poh Tong-Kek Lok Tong-Ipoh Town Heritage Tour Pakej termasuk: Penginapan 1 malam berserta sarapan pagi, makanan, pengangkutan, basikal dan marsyal serta bayaran masuk dan pemandu pelancong berlesen.

* Pakej Berbasikal Gopeng Kellie Dastle (3 hari 2 malam)

Harga: Dari RM800 seorang

Jumlah: 2 orang (minimum)

Tarikan: Lembah Teh Gaharu- Sungai Jeram-Gua Tempurung-Kellie Castle-Ladang Herba-Sam Poh Tong-Ipoh Heritage Tour

Pakej termasuk: Penginapan 2 malam berserta sarapan pagi, makanan, pengangkutan, basikal dan marsyal serta bayaran masuk dan pemandu pelancong berlesen.

* Pakej Jelajah Berbasikal di Kellie's Castle

Bayaran: RM97 seorang

Jarak: 7 hingga 14 kilometer Pakej

Termasuk: Basikal, topi Keledar, marshal, bayaran masuk dan minuman

* Pakej Jelajah Bandar Gopeng, Ipoh

Bayaran: RM100 seorang

Pengangkutan: Disediakan

Tempoh Masa: 6 jam (9 pagi - 3.00 petang)

Tempat yang dilawati: Gaharu Tea Valley, Gua Tempurung, Kellie's Castle, Gua Sam Poh Tong

Pakej Termasuk: Makan tengah hari di Restoran Halal Hainan Chiken Rice Ipoh, pemandu pelancong dan minuman

* Pakej Jelajah Warisan Ipoh

Bayaran: RM25

Jumlah: Minimum 10 orang

Tempoh Masa: 4 jam (8 pagi - 12.00 tengah hari)

Tempat yang dilawati: Stesen Keretapi Ipoh, Dewan Perbandaran dan Pejabat Pos, Royal Ipoh Club, Institusi St Michael, FMS Br, Gundik Lane dan Han Chin Pet Zoo

Pakej Termasuk: Pemandu pelancong dan minuman

Pakej Tidak Termasuk: Basikal, topi keledar, marshal, bayaran masuk

* Lawatan 1/2 hari Bandaraya Ipoh

Bayaran: RM200 seorang

Jumlah: Minimum 2 orang (kenderaan sendiri)

Tempoh Masa: 4 jam (9 pagi - 1 petang)

Tempat yang dilawati: Kuil Sam Poh, Kek Lok Tong, Buah Stuff, Kellie's Castle, stesen kereta api, Ipoh Old Town, Dr Park (Taman Tasik)

Pakej Termasuk: Makan tengah hari di Restoran Halal Hainan Chiken Rice Ipoh, pemandu pelancong dan minuman Pakej

Tidak Termasuk: Basikal, topi keledar, marshal, bayaran masuk

* Pakej diselenggarakan oleh Aidil Travel & Tours Sdn Bhd,

37 & 39, Jalan Lim Bo Seng, Ipoh, Perak.

Tel: +605 254 3244 website: http://www.aidiltours.com

Pasar Karat Kampung Berjaya

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Pasar Karat Kampung Berjaya

Kalau Pulau Pinang terkenal dengan Roadwalk dan Ipoh mempunyai Memory Lane, Bandaraya Alor Setar juga memiliki destinasi tumpuan peminat barangan lama dan antik setiap hujung minggu.

Pasar Karat Kampung Berjaya menjadi medan pertemuan antara peniaga barangan lusuh dan antik.

Pelbagai barangan antik dan lama dijual, antaranya seterika lama, pemain piring hitam, duit syiling dan barangan tembaga.

Lebih menarik, harga yang ditawarkan berpatutan sekali gus membuatkan ada peminat serta pengumpul barangan lama serta antik ini pulang dengan senyuman.

Peniaga, Mohamad Fauzil Mohamad Kadersah berkata, dia memperoleh barangan lama dan antik dari kampung sekitar Kedah selain koleksi peribadinya.

Dia yang tiga tahun berniaga di pasar ini turut menjual teropong lama yang dihasilkan pada 1915.

Sementara itu, peminat koleksi antik, Timmothy Wooi berkata, setiap minggu dia akan berkunjung ke pasar ini bagi melihat barangan yang dijual.

"Jika ada yang berkenan dan mempunyai nilai tersendiri, saya akan membelinya untuk menambah koleksi sedia ada," katanya.

Di samping barangan antik, terdapat juga barangan terpakai lain seperti majalah, kaset, perkakasan elektrik dan permainan lama.

Malah ada sesetengah barangan tidak berfungsi masih boleh dijual sebagai barang ganti.

Pasar ini bukan saja menempatkan peniaga barang lama, tetapi bercampur dengan peniaga barangan basah lain.

Bagi yang melancong ke Alor Setar, pasar karat dibuka setiap hari Jumaat dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Selain pasar karat, anda boleh mengunjungi lokasi menarik lain seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Balai Seni dan juga Menara Alor Setar yang terletak berhampiran.


Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

Karnival Ford Klasik Malaysia 2013 @ Tesco Extra Ipoh, Perak

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Karnival Ford Klasik Malaysia 2013

Pelbagai model kereta klasik buatan British dan Eropah sejak hampir satu abad lalu bakal dipamerkan kepada orang ramai sempena Karnival Ford Klasik Malaysia 2013 di ruang parkir pasar raya besar Tesco Extra Ipoh, Perak, Sabtu 26 Oktober 2013.

Antara model berkenaan ialah Ford Escort, Prefect, Anglia, Granada, Cortina, Zephr, Consul, Capri, Taunus, Corsair selain model tersohor buatan Amerika Syarikat, Mustang serta Falcon dari Australia.

Karnival anjuran Persatuan Kereta Klasik Ford itu bertujuan menghimpunkan semula kereta buatan British dan Eropah yang dikeluarkan sejak 1920 hingga 1980 bakal berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Setiausaha Agung persatuan Dzulamarulhilmi Mahar Affendi berkata, karnival kali kedua anjuran pihaknya ini diadakan selepas kejayaan program sama diadakan di Arena Square, Kuala Kangsar, Perak pada 2007.

"Orang ramai terutama peminat kereta klasik dijemput datang menyaksikan pelbagai model kereta buatan Eropah terutama British yang pernah mendapatkan sambutan di negara kita hampir 100 tahun lalu," katanya di sini, semalam.

Amalan Membaca: Minat membaca fikiran berisi

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Membaca Adalah Seni

Dalam kehidupan membaca adalah seni. Seni membaca memerlukan kefahaman, ketelitian dan menyumbang kepada keseronokan. Jika ketiga-tiga gabungan ini dapat dimanfaatkan seseorang itu akan membaca dengan tekun dan berterusan. Mereka yang minat membaca akan berminat untuk menjadi penulis dan pemikir.

Tahap dan minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah berbanding dengan negara maju seperti Jepun dan Korea. Justeru, beberapa langkah perlu dilakukan bagi menyuburkan kembali minat membaca dalam masyarakat.

Menurut pandangan Francis Bacon, membaca menjadikan seseorang berisi, berunding menjadikan dia siap, menulis menjadikan dia saksama. Oleh itu, jika seseorang itu sentiasa membaca tentulah akal fikirannya berisi, percakapannya berisi dan apa yang dilakukannya sentiasa dipertimbangkan.

Lantaran itu, kadar membaca buku rakyat Malaysia meningkat kepada lapan buku dalam setahun pada 2010 lalu berbanding dua buku pada tahun 1996. Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Siti Rodziah Othman menyatakan jumlah itu dijangka terus meningkat jika amalan membaca dibudayakan dalam masyarakat dengan sungguh-sungguh.

Menurutnya, jumlah buku dibaca setiap tahun itu diharap bertambah pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat dengan menyediakan peluang membaca dan berkarya yang lebih luas dalam kalangan generasi muda.

Aktiviti galakan membaca

Antara faktor yang membantu meningkatkan minat membaca, termasuk pertumbuhan rangkaian perpustakaan yang menyediakan program dan aktiviti galakan membaca yang terancang. Tidak hairanlah ada kalangan pembaca, khususnya wanita memperuntukkan wang setiap bulan untuk membeli novel terbaru di pasaran.

Pertambahan penerbitan buku yang pelbagai dan berkualiti serta sesuai dengan kehendak semasa turut mendorong minat membaca. Dengan meningkatnya minat membaca akan membentuk masyarakat berilmu yang mempunyai nilai murni serta bertamadun.

Menyedari hakikat ini, kempen membaca wajar digerakkan semula di peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi dan juga dalam kalangan masyarakat. Membaca akhbar, majalah dan buku mestilah dijadikan rutin dalam kehidupan seharian. Kini buku baru yang diterbitkan juga dipromosikan di media baru bagi menarik kalangan pembaca membeli dan membacanya.

Kempen membaca ini mestilah membabitkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penerbit buku, penerbitan akhbar dan pihak swasta.

Diharapkan menjelang 2014 rakyat Malaysia akan membaca sepuluh buku atau lebih dalam setahun. Begitu juga golongan muda mestilah dipupuk bagi membaca akhbar untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran serta ilmu pengetahuan lain bagi menuju negara maju berpendapatan tinggi.

Buku agama, novel remaja

Pemerhatian penulis terhadap industri buku, khususnya buku bercorak agama dan novel remaja menjadi pilihan pembaca. Kalangan pembaca, khususnya pembaca setia wanita remaja melariskan penjualan novel dan juga buku seumpama ini.

Selain itu, perkembangan ini merancakkan dunia sastera dan industri pembukuan dan penerbitan. Kalangan penerbit berlumba-lumba menerbitkan novel remaja yang menjadi kegemaran pembaca yang menyentuh soal cinta, kasih sayang, keluarga, masyarakat dan kehidupan sebenar masa kini. Pemupukan dan minat membaca ini berjalan secara senyap dan bermanfaat.

Pemupukan ini sebenarnya berlaku sejak sepuluh tahun dulu melalui pengenalan Komponen Sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) jelas berjaya melahirkan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Penerusan minat membaca ini dibawa dalam kehidupan seharian mereka sebagai hobi, pengisi masa lapang dan melahirkan remaja berfikiran kritis dan kreatif, bahkan juga dapat membina budaya mengkaji, menyelidik dan mencipta yang kemudiannya akan melahirkan penulis generasi baru yang prolifik dan produktif yang dapat menyumbang dalam perkembangan sastera tanah air.

Memetik kata dan pandangan William Shakespeare, "ku puji yang dapat membaca dan selalu mengingat apa yang dibacanya, tetapi lebih ku puji lagi orang yang mengerti maksud apa yang dibacanya".

Oleh Dr Aminudin Mansor
Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu, UKM

Bajet 2014: BR1M naik dari RM500 ke RM650, pengumuman penting Bajet 2014

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Datuk Seri Najib Razak mula membentangkan bajet kelimanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menulis di blognya pada Rabu menegaskan cadangan berhubung kos sara hidup antara adalah yang menjadi perhatian dalam #Bajet 2014 di laman sosial baru-baru ini.

“Saya sedar kos sara hidup masih menjadi isu yang sangat penting kerana berkait dengan kehidupan sehari-hari,” katanya.

Perdana menteri memulakan ucapannya dengan ungkapan suci Bismillahirrahmanirrahim.
Beliau berkata: “Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah dari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah”.
Tambahnya, pujangga pula sering bermadah, bahawa: “Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.

The Malaysian Insider melaporkan pengumuman penting Bajet 2014 seperti berikut:

• Bajet 2014 bertema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
• Lima teras utama digariskan iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi Teras Bajet; Mengukuh Pengurusan Fiskal Teras Bajet; Mengunggul Modal Insan Teras Bajet; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Teras Bajet; dan Mensejahtera Kehidupan Rakyat
• Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
•  Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.
•  Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.
• Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
•  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
• Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
• Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.• Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
• Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
• Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
• Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
• Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
• Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
• Projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
• Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
• Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
• Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
• Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
• Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
• Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
• Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
• Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
• Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
• Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
• Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.
• Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
• Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.
• Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
• Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
• Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
• Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2016.
• Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.
• Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan  kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isi rumah di seluruh negara.
• 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.
• Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.
• Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.
• RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.
• RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.
• Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.
• RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.
• Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.
• Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
• Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
• Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
• Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
• Kerajaan mensasarkan 5,000 usahawan muda dilatih setiap tahun.
• Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
• Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
• Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
• Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
• Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
• Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.
• Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
• Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
• Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
• Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2014.
• Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.
• Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
• Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
• GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
• Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
• Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
• Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada 2014.
• Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014.
• Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan.
• Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
• Kerajaan akan menyediakan kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang bernilai RM19,000 seunit secara percuma kepada pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir untuk membuat rawatan sendiri di rumah.
• Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam di Cameron Highlands.
• Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi maklumat.
• Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan dengan  geran pelancaran sebanyak RM15 juta sebagai dana permulaan.
• Kerajaan dan sektor swasta akan membina 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan tahun depan.
• Daripada jumlah itu, 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan RM578 juta.
• JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.
• Rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
• 80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
• Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).
• Kategori baharu RMM diperkenal dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 selain memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
• Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome diperkenal yang menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju.

~ Malaysian Insider

Suami Norazita (pegawai Ambank) minta henti sebar gambar ngeri arwah di internet

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Keluarga kepada pegawai operasi AmBank Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam rompakan kelmarin, kesal dengan penyebaran gambar dan rakaman video yang menunjukkan kejadian sehingga meragut nyawa mangsa.

Sehubungan itu, suami mangsa Irwan Kamaruddin, 37, meminta mana-mana individu yang menyimpan gambar dan rakaman video terbabit supaya dapat memadamkannya kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya menjadi bahan tontonan umum.

“Anak-anak masih bersedih melihat gambar ibu mereka dalam keadaan sedemikian sudah pasti akan menambah lagi rasa sedih mereka.

“Secara tidak langsung penyebaran gambar dan rakaman video ini turut mengaibkan arwah isteri dan keluarga kami,” katanya.


Satu rakaman video berdurasi 32 saat tersebar dengan meluasnya terutamanya di laman Facebook sejak petang kelmarin merakamkan kejadian suspek yang juga pengawal keselamatan bank berasal dari Sabah berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Norazita.

Bajet 2014: PM umum bajet pragmatik tangani iklim ekonomi sukar

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2014 bermatlamat memperteguh ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji, sambil mengingatkan rakyat Malaysia agar lebih berwaspada dalam mendepani ketidaktentuan politik dan ekonomi global.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata, rangka tindakan kewangan negara memberi tumpuan kepada lima teras: merancakkan aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengungguli modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahterakan kehidupan rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini meskipun ekonomi terbuka Malaysia tidak terkecuali daripada tempias jangkaan pertumbuhan global yang perlahan sebanyak 2.9 peratus tahun ini, namun asas ekonomi negara yang kukuh dan dasar monetari yang akomodatif menjanjikan pertumbuhan yang mapan, malah ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus dalam separuh pertama tahun ini. - Bernama

Kes tembak pegawai bank: 3 orang ditahan

Friday, October 25, 2013 0 Komen

Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita, dipercayai isteri kepada suspek kes bunuh seorang pegawai bank yang mati ditembak pengawal keselamatan di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketiga-tiga suspek iaitu dua saudara lelaki suspek dan wanita berusia 20a-an dan 30a-an itu ditahan di sebuah rumah di Kota Kemuning, dekat sini pada malam kejadian tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut juga menemui semula wang RM20,000 yang dilarikan suspek dalam kejadian itu pada salah seorang saudara lelakinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah gedung perniagaan di Subang Jaya pada hari yang sama.

Kata beliau, siasatan lanjut juga mendapati suspek yang melarikan wang berjumlah RM450,000 itu bukan warganegara Malaysia dan menggunakan kad pengenalan palsu dipercayai berasal dari negara jiran.

"Siasatan kini masih dijalankan bagi memburu suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37.

"Suspek juga dipercayai berbahaya kerana memiliki selaras senjata jenis pump gun dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya yang mempercayai suspek masih berada dalam negara ini.

Ekoran kejadian itu, Mohd. Shukri turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa yang boleh menyebabkan mereka yang didapati melakukannya diambil tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kita (polis) sudah membuat laporan dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar mangsa yang dipercayai boleh mengggangu siasatan dan proses undang-undang.

"Adalah menjadi satu kesalahan bagi orang awam termasuk anggota polis melakukan perbuatan tersebut dan kita boleh mengambil tindakan mengikut seksyen tersebut," ujarnya. - KOSMO

Wanita ketagih sertai peraduan, menang banyak hadiah

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Seorang wanita  Kim Searle memenangi sejumlah hadiah bernilai £100,000 (RM524,868) selepas dia menyertai 100 peraduan sehari sejak 24 tahun lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun itu serius menyertai peraduan selepas dia mula memenangi sebuah ketuhar gelombang mikro pada tahun 1989.

Dia memperoleh maklumat mengenai peraduan-peraduan tersebut menerusi sejumlah majalah dan laman web.

"Saya menyertai pertandingan setiap pagi, petang dan malam. Saya semakin ketagih. Saya akan menyertai setiap peraduan tanpa mengambil kira hadiah yang ditawarkan.

"Menanti posmen tiba dengan bungkusan hadiah sudah menjadi satu kewajipan," katanya.

Antara hadiah yang dimenangi sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah digunakan adalah kot mudah alih, katil kanak-kanak dua tingkat, buku panduan menjahit dan sebuah kit pertolongan cemas.

Hadiah paling istimewa hingga mendorongnyaterus menyertai peraduan adalah sebuah kereta. - Agensi

Keistimewaan takwa seperti dijelaskan dalam al-Quran

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Takwa umpama sebutir permata

Dalam memperkatakan mengenai takwa, Imam al-Ghazali mengibaratkannya sebagai harta karun sangat berharga dan menguntungkan sesiapa yang mendapat dan memilikinya.

Beliau membuat gambaran berikut: "Di dalamnya terdapat permata yang sangat berharga, melimpah-ruah dengan kebaikan serta rezeki yang agung, keuntungan yang besar dan kerajaan yang luhur."

Namun, berapa ramai menyedarinya? Zahirnya ramai orang menyangka tiada apa-apa pada takwa seperti batu permata yang belum digilap dianggap tiada nilai.

Seandainya batu itu jatuh ke riba anda sekalipun, tentu anda mencampakkannya kembali kerana menyangka ia tiada harga. Selepas itu barulah anda berasa alangkah ruginya kerana memperlakukannya sedemikian rupa.

Begitu juga dengan takwa yang mempunyai pelbagai keistimewaan sehingga Imam al-Ghazali mengatakan, mereka yang berusaha mendapatkannya tidak akan kecewa, bahkan mendapat keselamatan dan kejayaan.

Menurut beliau, keistimewaan takwa seperti dijelaskan dalam al-Quran:

* Allah memuji orang bertakwa

Firman-Nya bermaksud: "...dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat." (Surah Ali-Imran, ayat 186)

* Mendapat perlindungan daripada musuh

Firman-Nya bermaksud: "...dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak membahayakan kamu sedikitpun." (Surah Ali-Imran, ayat 120)

* Mendapat pertolongan Allah

Firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah an-Nahl, ayat 128)

* Mendapat keselamatan dan rezeki yang halal

Firman-Nya bermaksud: "...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya)." (Surah at-Thalaq, ayat 3)

* Kebaikan beramal

Firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 70 dan 71 bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.

"Supaya ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

* Mendapat keampunan Allah

Firman-Nya bermaksud: "Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

* Cinta Allah

Firman-Nya bermaksud: "Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang kerana) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 76)

* Diterima amalan

Firman-Nya bermaksud: "...lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Haabiil) dan tidak diterima dari yang lain (Qaabiil). Berkata (Qaabiil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu! Haabiil menjawab: Hanyasanya Allah menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)

* Kemuliaan dan kehormatan

Firman-Nya pada surah al-Hujurat, ayat 13: "...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."

* Khabar gembira

Firman-Nya bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kegembiraan di dunia dan di akhirat; tidak ada perubahan pada janji-janji Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar." (Surah Yunus, ayat 63 dan 64)

* Terhindar daripada neraka

Firman-Nya dalam surah Maryam, ayat 72 bermaksud: "Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertakwa dan Kami akan biarkan orang yang zalim tinggal berlutut di dalam neraka itu."

* Kekal di syurga

Firman-Nya dalam surah Ali-Imran, ayat 133: "Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu serta syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa."

Selepas mengetahui betapa bernilainya takwa, tidakkah tergerak hati anda untuk mendapatkannya atau terus percaya kepada sangkaan dan mensia-siakannya?

Oleh Idris Musa
Penulis ialah Penolong Pengarang Rencana, Harian Metro



Sungkyunkwan Scandal Sinopsis (drama bersiri Korea Selatan)

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Sinopsis Sungkyunkwan Scandal

Sungkyunkwan Scandal mengisahkan seorang gadis pintar, Kim Yoon Hee lakonan Park Min Young yang terpaksa memikul tanggungjawab besar menanggung perbelanjaan seluruh keluarganya.

Yakin terhadap sistem pendidikan mampu mengubah nasib hidupnya, Yoon Hee mengambil peluang menyamar diri sebagai pelajar lelaki dan melanjutkan pengajian sebagai salah seorang pelajar Sungkyunkwan.

Apatah lagi, demi tanggungjawab pada keluarga yang dipikul selepas kematian bapa, Yoon Hee nekad mahu menggantikan adik lelakinya yang sakit dengan berusaha menyertai Sungkyunkwan.

Sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang hanya membenarkan pelajar lelaki mengambil peperiksaan, penggambaran Sungkyunkwan Scandal dihasilkan berlatar belakang era Dinasti Joseon.

Zaman itu, golongan wanita tidak diiktiraf dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan. Justeru, secara tidak langsung peranan wanita boleh dianggap ditindas sewenang-wenangnya.

Sungkyunkwan Scandal Sinopsis
Sungkyunkwan Scandal

Bagaimanapun, bersandarkan kebijaksanaan dimiliki, Yoon Hee berusaha menjual kertas jawapan peperiksaan kepada bakal pelajar Sungkyunkwan.

Namun dia tersalah langkah apabila bertemu Lee Soon Joon (Park Yoo Chun) yang cuba menangkapnya kerana tindakan tidak bermoral itu.

Namun, walaupun tindakan Yoon Hee itu menyalahi undang-undang, menyedari bakat dimilikinya membuatkan Soon Joon pula berusaha memujuk Yoon Hee untuk menyertai Sungkyunkwan tanpa menyedari dia adalah wanita.

Terus menjadi sahabat baik, ia tetap tak mampu menghindar perasaan cinta yang hadir dalam hati mereka. Pun begitu, demi membantu menyembunyikan identiti Yoon Hee, ia memaksa Soon Joon memendam perasaan.

Sebagai jejaka daripada keluarga berada, Soon Joon yang berwajah tampan juga bersikap angkuh. Bahkan selain itu diketengahkan juga kisah Yoo Hee melayani kerenah rakan-rakan lelakinya yang tersendiri seperti Gu Yong Ha (Song Joong Ki) yang sering terbabit dengan pelbagai masalah.

Malah, Yoon Hee juga terpaksa berhadapan dengan tingkah laku rakan sebilik yang beremosi, Moon Jae Shin (Yoo Ah In). Walaupun sering berbeza pendapat, persahabatan mereka berempat tetap erat terjalin.

Terus mewarnai plot kisah kehidupan empat empat sekawan yang bersungguh-sungguh mengejar cita-cita masing-masing di Sungkyunkwan, dimuatkan juga elemen cinta yang lucu dan mencuit hati.

Barisan pelakon Sungkyunkwan Scandal: Park Min Young, Park Yoo Chun, Yoo Ah In dan Song Joong Ki

Ibu tanggung malu anak upload video mesra dalam Youtube

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Rakaman video kapel paling romantik 2013 pasangan kekasih dimuat naik dalam YouTube


"Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.

"Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan."

Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan 'aksi mesra' bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.

"Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet," katanya.

Menurut Rohani, dia mendapat tahu mengenai rakaman video itu apabila diberitahu sendiri anaknya selepas ia tersebar di Internet.

"Tapi anak saya tak tahu siapa yang sebarkan video itu di Internet dan dia syak ia dilakukan kawan teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Rakaman video aksi mesra F bersama teman lelakinya yang berpelukan dan bercium di pondok sebuah taman rekreasi mendapat perhatian pelayar Internet yang memberi lebih 1,000 komen,

Sebahagian besar daripada mereka mengutuk pasangan remaja terbabit dan menyalahkan ibu bapa mereka yang dituduh tidak pandai menjaga anak, namun ada juga yang memberi nasihat selain mencadangkan kedua-duanya dikahwinkan saja.

"Bila rakaman video itu tersebar, suami amat marah dan kecewa, tetapi apa sangatlah yang boleh kami lakukan kerana perkara sudah berlaku.

"Inilah sikap budak-budak zaman sekarang, buat sesuatu tanpa fikir panjang. Bila jadi macam ni, ibu bapa jugalah yang susah dan terpaksa tanggung malu.

"Sukar diceritakan perasaan malu saya apabila rakan, jiran dan saudara mara bertanya saya mengenai apa yang berlaku. Biarpun sukar, kami terpaksa harungi juga," kata Rohani.

Ditanya adakah dia akan mengahwinkan F dengan teman lelakinya sebagaimana dicadangkan sesetengah pihak, Rohani berkata, anaknya itu masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

"Sebagai ibu, pastinya saya mahu yang terbaik buat anak saya. Namun, soal jodoh ini di tangan Tuhan dan kita tak tahu bagaimana masa depannya nanti," katanya.

Rohani berkata, berikutan itu, pergerakan anaknya kini dikawal lebih ketat dan berharap anaknya tidak terus dipandang serong.

"Mungkin saya akan pindahkan dia ke sekolah lain. Biar apapun berlaku, saya akan pastikan dia perlu tamatkan persekolahannya, sekurang-kurangnya setakat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Mayat remaja perempuan dalam beg pakaian

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Mayat gadis dalam beg pakaian

Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang..

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.

"Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau," katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.

"Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh," katanya.


Brunei laksana hukum hudud

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Brunei laksana hukum hudud

Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Manong, Kuala Kangsar, Perak

Wednesday, October 23, 2013 0 Komen

Manong, Kuala Kangsar, Perak

Manong terletak di selatan bandar Kuala Kangsar, Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam peta pada koordinat 4.6 ' Utara, 100.9 ' Timur.

Menurut sejarahnya nama Manong ialah gelaran bagi anak sulung lelaki yang biasanya digunakan oleh dialek penduduk tempatan pada zaman dahulu kala. Namun begitu, kisah tragedi penderhakaan si Manong kepada ibunya sehingga ditelan di bumi menyebabkan tiada lagi anak sulung diberi gelaran Manong kerana khuatir kisah yang sama berulang pada anak mereka. Tempat berlakunya tragedi inilah dinamakan Kampung Manong.


Terdapat banyak lata di Manong seperti Lata Ulu Kenas, Lata Guar, Lata Pecah Batu dan Lata Ulu Jeliang dan lain lain. Padang Ragut/Lata Guar merupakan tempat yang menarik bagi pencinta alam & peminat-peminat fotografi landskap. Dengan padang yang menghijau disertai dengan gunung sebagai latar belakang, ia memberikan pemandangan seperti berada di New Zealand.

Terdapat juga kolam air Panas Ara Panjang, yang terletak di Kampung Ara Panjang, terletak kira-kita 4 km daripada jalan utama merupakan satu-satunya kolam air panas yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Banyak kemudahan telah disediakan di sana separti tandas, pondok rehat, gerai dan kolam mandi.

Credit : My Manong

5 restoran aneh dan pelik di dunia

Tuesday, October 22, 2013 0 Komen

5 restoran aneh dan pelik di dunia

Prinsip biar pelik tapi popular ini mungkin menjadi pertimbangan bagi lima restoran yang disenaraikan sebagai antara yang aneh di dunia. Ikuti senarainya:

Restoran Barbie Taipei, Taiwan

Pelik Tapi Benar
Orang Asia yang sukakan kepada barangan yang comel menjadi inspirasi kepada pemilik restoran ini menjadikan patung Barbie sebagai tema restorannya. Kebanyakan pelayan restoran memakai tutup kepala dan cekak yang sering digayakan patung Barbie.

Le Refuge des fondue, Paris, Perancis


Le Refuge des fondue, Paris

Perancis juga terkenal sebagai destinasi percutian romantis dan hidangan mewah. Namun, berbeza dengan restoran Le Refuge des fondue yang menampilkan botol susu sebagai gelas minuman dan menyajikan keju melekit sebagai hidangan pencuci mulut. Jika anda berani dan mahu mencuba sesuatu yang baru, masukkan restoran ini dalam senarai destinasi kembara yang bakal dikunjungi kerana pelancong sememangnya ramai berkunjung ke sini.

King Carton, Taichung City, Taiwan


Taiwan memang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menyediakan persekitaran unik dan pelik seperti pelayan memakai pakaian ala ninja, makanan dihidang dalam tabung uji dan mangkuk tandas. Kali ini restoran King Carton ini pula menggunakan kad kadbod sebagai perabot dan kelengkapan menghidang malah hiasan dalaman menggunakan kadbod manakala makanannya yang ditawarkan adalah hidangan pilihan ramai seperti daging rebus, salad dan ayam panggang herba.

Twin Stars Diner, Moscow


Pelik tapi tidak menjijikkan atau jelik kerana restoran ini menampilkan pramusaji dan pelayan yang kesemuanya kembar. Malah, chef yang menyediakan makanan juga adalah pasangan kembar. Idea menggunakan tema kembar ini diilhamkan daripada filem seram Russia pada 1964 mengisahkan mengenai kembar yang berkonflik dengan pasangan kembarnya. Pemilik restoran Alexei Khodorkovsky mengatakan memang sukar untuk mencari pekerja kembar namun itu bukan alasan untuk beliau membuka operasi 24 jam. Hidangan yang disediakan kebanyakannya adalah makanan tradisi seperti itik liar panggang dan rusa bakar.

Cafe Restroom Magic, Los Angeles


Sanggupkah anda makan sambil duduk di kerusi menyerupai mangkuk tandas. Kalau kita tidak kisah dan merasa jijik sebaliknya teruja berbuat demikian, boleh saja melawat restoran ini. Mengambil inspirasi restoran dengan tema yang sama di Taiwan, menu yang disediakan restoran ini bertemakan makanan Asia dan Barat ini juga dinamakan dengan nama yang jijik dan jelik seperti hidangan sembelit. Begitu juga hidangan aiskrim coklat yang dihidangkan menyerupai najis manakala sesetengah makanan dihidangkan dalam mangkuk menyerupai mangkuk tandas mini.

Oleh Rohaniza Idris

 

ZONFINITI