Malaysia Antara Destinasi Terbaik Untuk Pesara

Monday, January 05, 2015

Malaysia Antara Destinasi Terbaik Untuk Pesara

Malaysia dinamakan antara lima negara terbaik sebagai destinasi yang sesuai untuk golongan pesara.

Malaysia negara di Asia yang terbaik untuk pesara, mencatatkan markah tinggi kerana mudah unduk pesara menyesuaikan diri, hiburan dan kemudahan di samping kos sara hidup yang rendah.

Laman web InternationalLiving.com meletakkan Ecuador di tangga teratas indeks 25 negara terbaik untuk bersara dengan mencatatkan mata tertinggi bagi kos sara hidup, hiburan dan kemudahan asas.

Negara Amerika Selatan itu yang bersempadan dengan Colombia dan Peru berada di tangga teratas selepas Ecuador ialah Panama, Mexico, Malaysia dan Costa Rica.

Laman berkenaan melihat lapan kriteria untuk menentukan negara terbaik itu.

"Negara berkenaan selamat, menawarkan nilai baik dan menjadi tempat terbaik untuk tinggal selepas anda bersara,” kata pengarang eksekutif InternationalLiving.com Jennifer Stevens.

Ecuador mencatatkan 92.7 daripada 100 mata dengan markah tertinggi diperoleh untuk cuaca, kos menyewa atau membeli hartanah, diskaun penerbangan, pengangkutan awam serta kemudahan yang ditawarkan kerajaan untuk pesara.

"Walaupun harga meningkat sedikit sejak beberapa tahun kebelakangan, hartanah di Ecuador mempunyai nilai terbaik berbanding negara lain,” kata Dan Prescher, editor kanan laman web berkenaan.

Panama dianggap destinasi terbaik di Amerika Tengah kerana ia menawarkan visa khas kepada pesara yang menawarkan perkhidmatan perubatan istimewa, pengangkutan, makanan, tambang pesawat serta bil elektrik dan telefon.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI