QZ8501: Indonesia terima tawaran Singapura

Sunday, January 04, 2015

QZ8501: Indonesia terima tawaran Singapura

Indonesia menerima tawaran Singapura bagi penghantaran pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada Jumaat (2 Jan).

Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura Masagos, Zukifli menyertai anggota keluarga untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasukan DVI yang berlepas ke Surabaya di Lapangan Terbang Changi pada 3 petang.


Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kementerian Pengangkutan, pasukan DVI, terdiri daripada dua pakar forensik dari Pihak Berkuasa Sains Kesihatan dan enam pegawai dari Pasukan Polis Singapura, akan membantu rakan mereka di Indonesia dalam proses pengecaman identiti mangsa.

Di samping itu, kapal korvet peluru berpandu Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS Valour, yang mulanya dijadual berlepas ke Singapura semalam, ditugaskan semula untuk membantu dalam operasi mencari selepas anggota misi yang menaiki helikopter Super Puma Tentera Udara Singapura mengesan sesuatu.

Kapal itu dijadual bertolak ke Singapura malam ini.

Kelima-lima kapal RSN melancarkan operasi mencari di kawasan pencarian pada Sabtu.

Mereka telahpun menjumpai barangan peribadi dan serpihan pesawat. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI